Sunday, 5 June 2016

Selamat Menyambut Ramadan 1437H ~ 06/06/2016

Isnin
06/06/2016
1 Ramadan 1437H

Alhamdulilah
Masih bernafas lagi
Masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ni

Mungkinkah ini ramadan terakhirku??
Hanya Allah SWT yang tahu
bersedia atau tidak
MATI itu PASTI

Mari kita bersama-sama melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh ketaqwaan...
Banyakkan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, biasakan diri dalam keadaan berwudhuk
Pada bulan ini juga...tidak terdapat pada bulan lain iaitu SOLAT TERAWIH di malam hari...
andai tidak dapat ke MAsjid @ Surau...cuba untuk solat sendiri di rumah
In shaa Allah...jika diamalkan tidak akan merasa berat







Ramadan is coming!!


Jika mahu berubah ke arah yang lebih baik
Inilah masanya
Inilah bulannya
Bulan yang paling mulia disisi umat Islam

 RAMADAN

Yang ditunggu-tunggu
Yang dicari-cari
MALAM LAILATUL QADAR
Malam yang paling baik daripada 1000 bulan

Pada 10malam terakhir Ramadan
Akan ada 1malam yang ditentukan Allah SWT
Pada malam berkenaan (yang disebut Lailatul Qadar)
sekiranya kita dapat mencari malam tersebut 
(di petik daripada kata-kata seorang Ustaz yang saya dengar dari ceramah di Masjid)
sekiranya kita dapat menghiasi malam tersebut dengan solat sunat, tahajjud, solat hajat, berzikir, membaca al-Quran & amalan kita diterima Allah SWT
akan datang perasaan yang sayu (tiba-tiba air mata mengalir)
& datang perasaan hiba...
Andai dapat kepada kita malam berkenaan maka beruntunglah kerana Malam Lailatul Qadar adalah malam pembebasan daripada api neraka...
Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan

In shaa Allah...
pada tahun ini kita sama-sama berazam untuk mencarinya!!
Jangan sibuk untuk persiapan raya je ye
hehehehehe
amalan & ibadah pada bulan puasa banyak ganjarannya...

Baiklah...sampai sini saja pertemuan kita
Inshaa Allah 
Jumpa lagi
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

No comments: