Wednesday, 25 May 2016

Syira @ School ~ Rombongan ke Kilang Roti Gardenia, Taman Tasik Shah Alam & Perpustakaan Raja Tun Uda

Pada 12 Mei 2016 yang lepas,
Tadika kakak eiya telah menganjurkan rombongan kanak-kanak tadika ke Kilang Roti Gardenia, Taman Tasik Shah Alam dan juga ke Perpustakaan Raja Tun Uda
Masa mula-mula kakak bagi mama surat untuk menyertai rombongan ni...
mama ragu-ragu juga...mana tak nya, kakak eiya baru 5tahun
tak penah pun selama ni ke mana-mana sendiri...mesti dengan mama,ayah tak pun dengan nenek...
tu jela...mama risau bole ke anak manja mama ni naik bas sendiri...dan yang paling mama risau takot kakak terkencing dalam bas...ohh pengsan mama

Tapi bila mama suarakan kat encik ayah,
bole plak ayah cakap...haaa pegi laaaa...kan seronok pegi rombongan...ohh men!!
ayah ley cakap camtu je...huhuhuhu
actually mama pun teruja juga...biarlaa kakak bebas ikut aktiviti sekolah dengan kawan-kawan...
kan seronok!!
Mama awal-awal lagi da pesan-pesan...pastu bawakan bekal makanan...sediakan gula-gula (siap pesan lagi...kalau kakak eiya pening dalam bas, makan gula-gula tau)

Ok...Jom layan gambar,
pengalaman pertama kakak eiya mengikuti rombongan sekolah

sampai-sampai school
sebab mama excited kan...so terus nak amik gambar kakak

Cikgu Aida panggil murid-murid yang da sampai untuk beratur mengikut kumpulan

belum ramai lagi yang sampai
masa ni baru pukul 9.00 pagi
sebab Cikgu pesan suruh datang pukul 9.15 pagi
mama datang awal sebab nenek da suh datang pukul 9.00 pagi
maklum laaaaa
nenek pon kan bekas cikgu tadika
paham da...nak aturkan murid tadika ni bukan senang

kakak eiya tengok arah luar
mencari geng dia

B pon sibuk nak ikut anta kakak eiya jugak

Abang Yap jangan tanya laaaa...konpom nak ikot

da semakin ramai murid-murid yang datang

Ok...da cukup da 
semua murid yang mengikuti rombongan da hadir

bye bye school
Tabika Kemas Bustanul Balqis

beratur menuju ke bas
mengikut kumpulan masing-masing

yang ni kumpulan kakak eiya
yang pakai beg robocar poli tu kakak eiya laaaa

ni lah bas persiaran yang akan membawa budak-budak ni
bas baru tu
jeles mama

mama siap naik atas lagi nak teman kakak eiya
huhuhuhu
sabar jela
peace kakak...have a nice day

kakak eiya dengan kawan (mama lupa nama dia)
huhuhuhu

seronok ke takut ni???

semua budak muka excited jerrr

para ibubapa menunggu kat luar bas
nak babai kejap lagi

sebab mama bawak B & Abang Yap
mama tak boleh tunggu lama-lama

Kakak eiya...semoga selamat perjalanan & have fun

(gambar-gambar di bawah ni...Cikgu-cikgi kakak yang whatsapps)
TQ yer







yang atas ni kat perkarangan Kilang Gardenia tu
ada photobooth
tu yang sakan semua bergambar yer
huhuhuhu

yang ni
sesi penerangan mengenai sejarah roti
kakak cakap...mama macam tengok movie tau
tapi mama cakap...kakak kenapa duduk macam tu...malu laaaa mama

selepas tengok kilang & mendengar penerangan
duduk kat luar sekejap
sementara nak bagi souvenir kat pengurus kilang

amik gambar kenangan


Alhamdulilah 
selesai 1 tempat 
TQ Gardenia bagi goodies bag kat murid-murid
seronok laaa mereka dapat roti

Kakak Eiya cakap...next stop Taman Tasik Shah Alam
makan-makan kat situ
cikgu bawak tikar...piknic
tapi cikgu takde whatsapps pon gambar kat situ
huhuhuhu
takpela mungkin nak uruskan budak-budak ni makan bukan senang
lagi-lagi kat taman
lepas makan masing-masing tukar baju sukan
untuk ke destinasi seterusnya 
ke Perpustakaan Raja Tun Uda

murid-murid beratur dulu yer

Big Tree

seronoknya dapat baca buku bawah pokok ni

Cikgu Ayu bacakan buku apa ye tu

murid-murid yang lain
ada yang baca kat sofa ni

gambar kenangan beramai-ramai

bersama pegawai Perpustakaan Raja Tun Uda

ok...tunjuk good semua

gambar kenangan lagi

cenderahati dari pihak sekolah kepada Perpustakaan

Alhamdulilah
Selamat sudah acara rombongan kakak eiya kali ni
Balik tu nenek mak yang ambil dengan abang yap...
Cikgu cakap lepas ni nak wat rombongan ke Melaka pula...
really??
aiyoooo jauhnya kakak nak rombongan
hehehehehe

Sekian je entry kali ni
ringkas je
sehingga berjumpa lagi
byeeeee

No comments: