Monday, 4 April 2016

Jalan-Jalan Bandar Melaka - ( Melaka Kampung Kami ) PART 1

Salam Alaik

Maaf entry da terperam da jadi macam pekasam da hehehehe
Eh...tapi ikan pekasam sedap apa kan...
so jangan ingat benda yang da lama terperuk tu tak elok tau...
Ada kalanya benda yang lama terperuk terperam tula yang sedap...

Ok laaa beralih dari cerita pasal makanan...
Ni haaaa nak habaq...
Saya & cik Ana bunga mawar ambil keputusan mau jalan-jalan ke Melaka...
Kenapa Melaka???
Ok soalan cepu emas tu...hehehehe
Sebabnya arwah abah saya orang Melaka manakala ibu Ana juga orang Melaka...
Kiranya kami ke Melaka ni macam balik kampung laaaa...
Lagipun saya sendiri da lama tak berjalan-jalan ke Bandar Melaka...
Jadi kunjungan kami kali ni...betul-betul untuk mengembalikan nostalgia & kenangan semasa saya kecil berjalan-jalan bersama arwah abah yang dikasihi...

07/03/2016
Bertolak dari Klang
Jam 10.00 am


pape hal pun 
selpie wefie lu dalam keta

perasan cun la tu
aishhh 

tepat jam 11.50am 
sampai laaa kami kat sini
Bumi Bertuah Bandaraya Melaka Bersejarah
kitorang parking kat 
Hard Rock Cafe
(sebab kat sini je yang ada parking)
kikikikiki

Hard Rock Cafe 
Melaka

perasan jap 
penyambut tetamu apa gemoks macam tu
hahahahaha

selpie wefie tu wajib

macam-macam gaya
haaaa
kau ado???

jalan ke depan cikit dari Hard Rock Cafe tu
nampak da Jonkerwalk
punya laaa banyak keta lalu lalang
I da selamat melintas jalan
si Ana bunga mawar tu tak sempat
tapi dia ley sempat amik gambar I ni
tengok laaa muka I tu pun macam takut-takut
bukan apa...takut adik Ana bunga mawar tu terlanggar kereta

haaaa
sempat lagi selpie sendiri
cun tak??

Alhamdulilah
selamat juga adik Ana ni melintas jalan
eh eh...tapi kan apsal gamba ni macam cun sangat eh???
kan Ana kan

pastu jalan-jalan lagi

da sampai Melaka kan
harus laaaa selpie sana sini

berlatar belakang kan 
Sungai Melaka

Today's
Its all about Us

Kalau takde nama 
Memang tak tau laaa nama Jambatan ni
huhuhuhu
kiranya belajar sejarah juga laaa hari ni

Nor'Ain & Ana Rozana

Air Pancut
jap-jap lupa namanya

Ko kan Na
tak baik laaa selpie tak panggil Kak Ain
tapi kan Kak Ain pandang mana pun tetap comel
uhuks

pemandangan sekitar Bandar Melaka
Bangunan Merah

Love 
Melaka

We Love Melaka

habis cair mekap
panas terik sangat

Maps 

gamba ni
cun
macam kat obersie pulak

Bangunan-bangunan lama kat Melaka
semuanya dijaga
Cantik!!

bangunan lama semua di cat merah
jadi icon & tempat pelancongan

Haaaaa
penat-penat
berehat jap bawah pokok
sambil tu lihat gelagat pelancong-pelancong dari negara luar

ternampak ada gerai cendol kat tepi jalan
apa lagi
Jom adik Ana
melintas jalan lagi oiii

Cendol Jagung
adik Ana macam biasa laaaa
oder Cendol Durian
tapi kakak Ain lupa nak snap gamba cendol dia
hahahahaha
maap laaa yer

gerai cendol ni
betul-betul kat tebing Sungai Melaka
memang cantik pemandangan nya

haaaa sempat lagi nak wat gaya DSV
kikikiki
Belakang tu (seberang sungai)
tu laaa Hard Rock Cafe
tempat kami mula-mula sampai & parking kereta kat situ

Please laaaa
wat gaya apa pun
Kami tetap comell kan

Okey
after da basahkan tekak 
minum cendol
its time to 
Naik Beca!!!
hora horey

Beca Frozen lagi 
u know 
ni kalau Syira ikut ni
jenuh nak pilih beca apa
macam-macam beca ada
ada Hello Kitty ada Mickey Mouse ada Minions dll lagi laaaa

Sambil-sambil naik beca
snap-snap gamba pemandangan

rata-rata bangunan kat sini semuanya di cat merah

Muzium Umno Melaka

Comel
ada dinosaur
tak ingat bangunan apa

Muzium Setem Melaka

Finally
A'Famosa

A'famosa adalah titik last perjalanan kami menaiki beca
pakcik kayuh beca tu bagi masa 10minit untuk bergambar kenangan disini
Lepas ni patah balik lalu jalan yang sama macam tadi

Adik Ana ni 
tau laaa baru sampai
curi-curi snap gamba kak Ain ye
kan da cakap 
Kak Ain senget ke...Kak Ain terbalik ke
tetap dalam gamba tu cun je
hahahahahahaha

Happy
sebab nilah yang diidamkan
nak amik gamba kat sini
macam dulu-dulu masa kecik

Kami
@
A'Famosa

Penat kau jalan
main duduk je kat tepi meriam ni
nasib laaa kalau meletops

muka da macam hapa ntah

nak masuk takut pulak
amik gamba depan pintu jela
tapi batu-batuan ni boleh bertahan ratusan tahun
perghhhh
mesti jenis batuan yang spesel ni

yang belakang tu
Bukit St. Paul
dulu masa kecil ingat lagi paksa arwah Abah bawa naik ke atas

disebabkan kami naik beca
& pakcik beca tu bagi masa 10minit je
takdela nak mendaki bagai
lagipun sekarang ni tengah hari oiiii
gila ke nak mendaki

Dataran Pahlawan
yang ni baru
rasanya masa saya Sekolah Menengah dorang wat ni
sebelum ni Dataran Pahlawan ni Padang & tempat naik kereta lembu
teringat masa kecil selalu juga arwah abah bawa pegi naik kereta lembu
masa tu bayaran seorang baru RM1 tak silap
hehehehehe
kenangan betul

Perjalanan balik
kami bertukar beca pula
tengok tu Hello Kitty
tadi masa pergi Frozen leligo leligo

Gamba kenangan bersama Pakcik Beca
Pakcik beca ni ingatkan 
kami ni adik beradik
hahahahaha
yelo muka hampir sama
saiz pun hampir sama juga
terima jela kan adik Ana
Orang Melaka haruslah muka pun hampir sama
huhuhuhu

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

tapi kayu-kayu kat kincir air ni da banyak yang rosak
tak tau laaa napa tak dibetulkan
huhuhuhu
sayang sebab tempat ni menarik 
jadi tak ramai yang nak ambil gamba kat sini

White House
sebenarnya tak tau nama bangunan ni
tapi da banyak (boleh kata semua bangunan kaler merah)
dia sorang ganjil kaler putih plak
emmmm

time ni panas yang teramat terik
Adik Ana da cari tempat berteduh dah
I sorang yang gila selpie kan
nampak air pancut kecik pun sibuk berenti nak selpie

Bekas tapak lama Kota Melaka
tapi gamba ni terasa macam kat Australia pulaks
hiks
latar belakang tu yang cantik

Sempat lagi snap

Selamat Datang
Bandaraya Melaka Bersejarah


Sambil-sambil lalu
snap snap

Ok...kami ambil keputusan nak ke Menara Taming Sari
Menara ni pun masa saya kecil tak wujud lagi
tapi sebab tak penah naik kan
soo...jom laaaa naik

Taming Sari

Beli tiket
dapat sekali Supper Ride laaaa

dalam tu ada 
air mineral

& kuih bahulu
ok laaa kan

Jom bertolak naik ke atas

sambil naik ke atas
menara ni pun berpusing tau

anatara pemandangan sekitar Bandar Melaka

nampak laut
orang cakap kalau cuaca elok
boleh nampak pulau-pulau

Muara Sungai Melaka

Jalan menuju ke Pantai Klebang

Kalau tak wefie tu bukan kami
hehehehehe

teropong Canon
serius teropong hi quality hi gred
kalau korang nak wat benda tak senonoh jangan pegi Bandar Melaka
sebab saya tengok teropong tu siap boleh fokus kat orang-orang yang kalau kita tengok dengan mata kasar sebesar semut
tapi kalau pakai teropong ni...macam ada depan mata je
saya boleh nampak gelagat pelancong yang selpie
hehehehe
terus teringat gelagat saya tadi ada tak orang peratikan
huhuhuhu
nasib baik laaa saya bersopan harini

selpie lagi

ok kolam ni...masa saya kecil kat tepi kolam ni ada A&W
kalau ke Bandar Melaka
mesti wajib ajak arwah abah ke A&W ni
sebab kat Klang pun takde A&W
huhuhuhu
tapi masa saya tanya Pakcik Beca tadi
Pakcik Beca tu bagitau A&W tu da pindah kat Dataran Pahlawan
Kedai sebelah kolam ni da jadi kedai jual peralatan renang
kalau laaa A&W masih ada lagi kat tepi kolam renang ni
memang aku pergi terus
huhuhuhu
nostalgia tu

Ok 
Da nak turun da ni
sepanjang naik & turun ni
ada guide yang bagitau kawasan mana & apa yang ada
tu haaaa
Abang yang pakai baju kuning-putih kat belakang tu
Keja dia sehari naik menara ni ntah berapa kali agaknya ye
sampai mesti kepala dia da kebal tak pening kot
 
turun je 
hehehehehe
selpie lagi

Adik Ana
curi-curi amik gamba Kak Ain lagi yer

Haaaa Kau
Tinggi tak??
ni laaa
Menara Taming Sari
mencecah ke awan

Tak tau laaa gila apa tadi
bole plak ye berani nak naik Menara ni
huhuhuhu
da turun baru perasan menara ni tinggi giler

Selpie las sebelum bergerak ke destinasi seterusnya
huuuuuuhhhh

Ok...
Part 1 :
- Hard Rock Cafe
- Jonkerwalk
- Bandar Melaka
- Minum Cendol
- Sungai Melaka
- Naik Beca
- Menara Taming Sari

Tunggu sambungan entry ni di Part 2 plak yer
Baca tau...
K bai

No comments: