Wednesday, 16 March 2016

jalan-jalan dengan mak yong @ Giant Sek13

#cutisekolah
#chinesenewyear
#ikutmamapergikerja
#ceritabulanfebruari

hehehehehe
sebelum gambar-gambar & cerita ni terperam lagi lama sampai basi
meh-meh nak update dalam blog ni
blog pun da bersawang-mawang da

Its Friday...
biasa la kan Friday rehat lunch hour tu lama...
plan asal nak ke Restoren Upin Ipin Seksyen 13 tu

Tapi...lain pulaks jadinya
jom layan gambar dulu

Sebelum keluar
wajib selpie wefie dulu
anak-beranak

alolololo
comel laaa abang ni

Ceritanya gini...
Semasa mama memandu nak masuk ke Area Seksyen 7
Budak-budak ni da tewas da
Da tertidur kedua-duanya di dalam kereta
Sampai tu mama bawa kereta slow yang teramat sangat 40km/j
Akhirnya sampai juga laaa ke Restoran Upin Ipin
Tunggu kat parking dalam 10minit jugak laaa sementara budak-budak ni tidur lagi
Mama pun nak tunggu mak yong sampai
Akhirnya mak yong pun sampai
So kejutkan budak-budak ni...da sampai kedai Upin Ipin
Tapi takde reaksi pun
Keluar kereta...masuk makin mengamuk bukannya makin suka
Lagipun restoran Upin Ipin tu pun da macam kedai makan biasa
sediakan makanan tengah hari (buffet) 
sebab sebelum ni pergi yang kat Seksyen 7 macam cafe (jenis order)
So...mama tanya mak yong mana lagi best Tesco ke Giant
mak yong cakap Giant best ada playground
Sudahnya masuk kereta mak yong pulak...Moh kita ke Giant seksyen 13

tengok laaa
sampai-sampai Giant
ke sini laaa hala tujunya

amboi 
kemain sihat sejahtera
takde nanges-nanges mengamuk pun
Mentang-mentang Giant sejuk rasa air-cond

sukanya Abang main kejar-kejar dengan kakak ye

da sudah nak main terowong
berani ke masuk tu

Cakkkkk

malu-malu laaa tu
ni berani ke tak ni
macam tak berani je mama tengok

eh eh
dia pulak pegi intai-intai mama

da seronok main sana sini
mama pun duduk sambil borak-borak dengan mak yong
budak-budak ni tiba-tiba minta aiskrim
kat Giant ni takde McD
cuma ada kaunter jual aiskrim je

Abang cakap nak aiskrim ni
tapi malangnya cuma aiskrim biasa je yang ada
yang double flavor macam ni takde
huhuhuhuhu

sambil tu
memang kami da order makanan kat
The Chicken Rice Shop
sampai-sampai je
tengok mak yong da start nak makan
ni yang nak marah ni
tak tunggu pun
hehehehe
tapi tak jadi nak marah sebab mak yong cakap Baby yang nak makan

Pai tie
Dapat free sebab hari Jumaat
Alhamdulilah
ngap jela

ayam roasted
(sempat ambil gamba ayam je...nasi nye si Abang da nak makan sangat)

serius lupa nama ni dalam menu tu
kira macam
mi kari laaaaa
cuma mi dia macam mi megi
(yang ni dish mama laa)
hehehehe

Abang masih sibuk dengan aiskrim dia

mak yong pujuk suh makan
nak pulak

alololololo
comel comel comey
(gelas tu kacau laaaa...tak nampak muka abang yap)

mama pun nak selpie

bff
semoga kekal ke akhir hayat

budak-budak da lari masuk balik playground

da da
jom balik
mama nak sambung keje balik

serius
walaupun sekejap
tetap seronak
kan 
kan
kan

Terima kasih ya Allah swt
kau kurniakan kepadaku sahabat yang bertahan lama 
dari zaman sekolah hinggi kini
sahabat susah senang bersama
sahabat bagi pendapat
sahabat meluahkan perasaan

Ya Allah swt...
Kau permudahkanlah kawanku ini Nur Farhana ketika bersalin nanti...
sekarang dirinya tengah menghitung hari
Semoga diberi kekuatan ke atas dirinya untuk menjadi seorang ibu 

Amin

No comments: