Friday, 27 June 2014

pengalaman bayi terkena jaundis (demam kuning)

Salam semua...
Entry kali ni saya nk berkongsi mengenai pengalaman anak yang kedua (abg chik) semasa bayi terkena jaundis atau demam kuning...

FAKTA JAUNDIS

Lebih kurang 50-60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kpd bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejap, tidak berbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.

APAKAH PENYEBAB JAUNDIS

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Setelah lahir, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Kebiasaannya jaundis berlaku dari hari pertama hingga hari ke-4 mengikut jenis jaundis.

JENIS-JENIS JAUNDIS

Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis.
Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

* Jaundis Normal/Physiologic *
- Biasa terjadi kpd bayi baru lahir
- Bayi yang kurang menyusu bbrp hari selepas dilahirkan & tidak kerap membuang air besar
- Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya.
- Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin.
- Mula kelihatan selepas 2-4 hari selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1-2 minggu.
- Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat, cara dan teknik yang betul untuk menyusu bayi. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

* Jaundis Pathologic *
- Terjadi akibat keadaan perubatan seperti ibu dan bayi berlainan jenis darah (kerap berlaku)
- Kelahiran pra-matang
- Pembedahan caesarean
- Infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siflis atau toxoplasmosis
- Kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif
- Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak.
- Masalah Rh juga menyebabkan jaundis yang teruk
- Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72jam selepas kelahiran.

* Jaundis Susu Ibu *
 - Berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus.
- Walaupun mendapat susu yang mencukupi, bayi masih mendapat jaundis.
- Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor puan mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan susu badan selama 2-3hari.
- Dalam masa itu, puan bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

RAWATAN

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit atau mengambil sample darah bayi (terutamanya di tapak kaki) untuk mengukur tahap bilirubin bayi.
Untuk memeriksa sendiri :
* bayi berkulit cerah - letakkan di tempat banyak cahaya @ lampu, tekankan kulit secara lembut dgn jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada...jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.
* bayi berkulit gelap - periksa gusi @ mata putih. jika tahap kekuningannya didapati tinggi, bayi perlu direikan rawatan.

Sekiranya memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototheraphy.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAK / MERAWAT

* Jaundis Normal/Physiologic *
- Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
- Elakkan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolustrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air, dia akan kurang menyusu. 
- Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
- Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Cuba berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
- Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif, jangan diletakkan secara terus kepada cahaya.
- Elakkan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh menghentikan atau mencari pengganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya.

  * Jaundis Pathologic *
- Bayi perlu mendapat rawatan segera.
- Penyusuan badan diteruskan.
- Kolustrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan bilirubin.
- Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat.
- Dalam kes tertentu, bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototheraphy biasanya mujarab.
- Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

* Jaundis Susu Ibu *
- Penyebabnya kurang dapat dipastikan.
- Bayi boleh diberi susu formula buat seketika.
- Biasanya tahapnya akan turun atau meningkat semula apabila menyusu badan.
- Namun anda tidak digalakkan memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

ADAKAH IANYA BAHAYA?

Kebanyakan kes jaundis tidak bahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab serta membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu. Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
okey....yang ni antara serba sikit penerangan mengenai jaundis
harap bermanfaat laa untuk semua....
macam saya bila da terkena kt btg idung sdiri baru sbuk nk cari2 maklumat psl jaundis ni....
hik3 biasa laaa...bak kte org "da tngantuk br nk tngadah" (eh jp btl ke peribahase ni) paham2 suda....

yg ni seba sdkit bile muhammad isyraf terkena jaundis mase lahir dlu...base on true story ekekekeke....nk gak ckp omputih

Muhammad Isyraf (1 days)

*Lahir 13/04/2013
*Jam 5.57 pm
*Masa ni blm kena jaundis lagi...
*Keluar wad & dibenarkan pulang ke rumah 14/04/2013
*Stat nurse klinik desa datang melawat 15/04/2013..
*Nurse klinik desa mendapati tanda-tanda awal terkena jaundis 17/04/2013 (ari yg ke5)
*Check-up di klinik kesihatan Meru & doktor bagi surat untuk ke hospital
*Balik rumah tapi tak pegi hospital pon sbb malas (puan2 jangan tiru yer...klu doktor da suh tu g jela)
*Bb x nanges, xmerengek n biase2 jer...tp hati ibu kn...rse x sdap ati ckp kt encik suami esok g hospital yer
 

Rawatan Phototheraphy di Hospital Sungai Buloh

*Tarikh 18/04/2013
*Wad kecemasan (Zon kuning) - checkup dulu (agak lama juge laa menunggu) byk2 kan bersaba
*Ambil sample darah...kena tunggu result drp pihak Lab
*Dapat result 287 bilirubin (doktor ckp sgt tinggi....tp mama rilek jer) hu3
*Doktor panggil attendan suh ambil kerusi roda sbb da kena tahan wad NICU
*Kelam kabut time tu
*Ok..smpi kt NICU doktor pakar kanak2 pon ckp kt nurse suh pasang "triple phototheraphy"....
*Punyelah byk lampu...time tu br rse anak kte ni serius
*Nurse yg psg lampu tu pon ckp...puan klu bilirubin smpi 300 kne tukar darah tau...mak ai 287 lg 13 jer nk 300...Allahuakbar...
*Pemantauan setiap 2jam...mmg mama xtdo laa mlm tu...tdo kjap2 jer pstu mst ade doc kjutkn sbb nk amik darah bb...kcian kaki bb mama tgk da byk sgt kne ccuk...hu3
*Disamping tu mmg mama truskan bagi susu badan shj
*Result subuh 19/04/2013 menunjukkan penurunan yg amat ketara & doc suh tnggu result jam 8pg untuk menentukan samada bb perlu teruskan rawatan phototheraphy atau tidak...
*Alhamdulilah dlm kol 8.30pg tu doc bgtau nurse yg bb da bole kuar...doc suh nurse wt repot
*Cpt2 kol encik suami...haaa syukur sgt2 sbb kne admit 1mlm jer wpun mse msuk NICU ni antara bilirubin yg plg tinggi....rmi parents yg lain jeles sbnrnyer n ade jgk yg tnye petua.... (jujurnya sy mmg xde petua selain drp bg susu badan byk2)....tu jela petua sy hik3

Tali pusat tertanggal
 
*Balik drp hospital...tup2 perasan tali pusat isyraf tertanggal...tp ade darah sikit2...emm risau jgk klu ade tkena jangkitan kuman ke...bkn ape sbb tali pusat die bkn tertanggal sdiri tp sbb kering terkena sinaran lampu phototheraphy tu....hu3





*Perbezaan ketara kulit bb isyraf sebelum & selepas rawatan phototheraphy tu....hu3 kecian anak mama ni da gelap....tp xpela yang penting sihat


Rawatan susulan di Klinik Pakar ENT Hospital Sungai Buloh

*Disebabkan semasa admit wad NICU dlu bilirubin isyraf sgt tinggi...doc ade bg jadual untuk rawatan susulan yg mne merangkumi rawatan untuk telinga & pertumbuhan (mcm awal td sy ckp klu jaundis tinggi boleh akibatkan bayi pekak @ mslh ptumbuhan/cerebral palsy)

1st treatment (Hearing Assesment)

*Rawatan ni doc perlu minta kebenaran ibubapa/penjaga sbb perlu bg mkn ubat tidur hu3
*Untuk treatment ni Isyraf llus 4 drp 5 ujian yg dilakukan doc....
*So kena repeat lg....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Until now...da 3x g rawatan....alhamdulilah Isyraf okey jer....da 1thn da pon....
rse2nye x pekak n tumbesaran nyer pon biase jer....ok
tp walau cmne pon....Isyraf ttap kne g Hospital (Klinik Pakar) ikut jdual smpi umo 2thn

Okey laaa....smpi cni jer....jumpe lagi
Assalamualaikum






 
 


No comments: